Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBerita

  
Body
  
  

TAKLIMAT BERSAMA PEGAWAI PENGHUBUNG (PoC) – Kali Keenam

Oleh: Wardah Binti Haji Ibrahim

Khamis, 31 Ogos — Bahagian Pengambilan, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hari ini telah mengadakan taklimat iaitu Taklimat Pemberigaan bagi PoC bertempat di Dewan Ujian, Tingkat II.

Ucapan alu-aluan.png

Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Yang Mulia, Penolong Setiausaha, Dayang Hajah Maimunah binti Seruji dan taklimat disampaikan 

oleh Dayang Norefna binti Abdullah dan Dayang Amal Hazirah binti Haji Talip


Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan lebih lanjut kepada Pegawai Penghubung atau Point of Contact (PoC) yang telah dilantik oleh Kementerian dan Jabatan masing-masing serta menjelaskan mengenai tatacara atau langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa menerima permohonan dan menghadapkan sokongan kebenaran Ketua Jabatan menggunakan sistem PSCR.

Seramai lebih kurang 20 orang pegawai penghubung serta pengendali proses pengambilan terdiri daripada Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya seperti Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Radio Televisyen Brunei, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Penerangan, Jabatan Percetakan Kerajaan, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Pusat Kebangsaan E-Kerajaan, Jabatan Penyelidikan Brunei, Jabatan Tenaga dan Perindustrian – Badan Kemajuan Industri Brunei (BINA).

Pegawai Penghubung yang hadir mendengarkan taklimat tersebut.jpg

Pegawai Penghubung yang hadir mendengarkan taklimat tersebut

Sesi konsultasi bersama Pegawai Penghubung.jpg

Sesi konsultasi bersama Pegawai Penghubung


Taklimat hari ini dimulakan dengan bacaan surah Al-fatihah yang dipimpin oleh Awang Suhaibul bin Haji Ahmad, Penolong Pegawai Kerja Tingkat I dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Penolong Setiausaha, Dayang Hajah Maimunah binti Seruji.

Sesi taklimat pertama telah disampaikan oleh Dayang Norefna binti Abdullah, Pegawai Kerja daripada Unit Perakuan Bahagian Pengambilan dan manakala, taklimat kedua pula disampaikan oleh Dayang Amal Hazirah binti Haji Talip, Pegawai Kerja, Unit Iklan Bahagian Pengambilan.

Di akhir majlis taklimat ini juga telah diadakan sesi konsultasi bersama Unit-unit di bawah kawalan Bahagian Pengambilan iaitu dari Unit Iklan, Unit Perakuan atau shortlisting, Unit Penilaian yang merangkumi proses ujian dan proses temu duga dan akhir sekali dari Unit Kertas Kerja yang akan menyentuh mengenai proses pengambilan Gaji Hari ke Gaji Bulan.

 

Latest News
  

TAKLIMAT PEMBERIGAAN BAGI POC – Kali Kelima

Oleh: Wardah binti Haji Ibrahim


Rabu, 30 Ogos – Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melalui Bahagian Pengambilan hari ini telah mengadakan Taklimat Pemberigaan PoC di Dewan Ujian, Tingkat II, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Gambar 1.png

Surah Al Fatihah diketuai oleh Awang Suhaibul bin Haji Ahmad,

manakala ucapan alu-aluan disampaikan oleh Yang Mulia, Penolong Setiausaha, Dayang Hajah Maimunah binti Seruji 

dan taklimat disampaikan oleh Dayang Norefna binti Abdullah dan Dayang Amal Hazirah binti Haji Talip


Majlis telah dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Suhaibul bin Haji Ahmad dan seterusnya ucapan alu-aluan daripada Penolong Setiausaha, Dayang Hajah Maimunah binti Seruji.

 Manakala, taklimat ini telah disampaikan oleh Dayang Norefna binti Abdullah, Pegawai Kerja, Unit Perakuan Bahagian Pengambilan dan seterusnya Dayang Amal Hazirah binti Haji Talip, Pegawai Kerja, Unit Iklan Bahagian Pengambilan.

Seramai 25 orang pegawai penghubung serta pengendali proses pengambilan terdiri daripada Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Adat Istiadat Negara, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Polis Diraja Brunei, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi.

Pegawai Penghubung yang hadir mendengarkan taklimat tersebut.jpg

Pegawai Penghubung yang hadir mendengarkan taklimat tersebut


Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan lebih lanjut kepada Pegawai Penghubung atau Point of Contact (PoC) yang telah dilantik oleh Kementerian dan Jabatan masing-masing serta menjelaskan mengenai tatacara atau langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa menerima permohonan dan menghadapkan sokongan kebenaran Ketua Jabatan menggunakan sistem PSCR. 

Taklimat ini kemudiannya berakhir dengan sesi soal jawab dan konsultasi bersama unit–unit di bawah Bahagian Pengambilan.

Pegawai Penghubung yang hadir mendengarkan taklimat tersebut lelaki.jpg

Pegawai Penghubung yang hadir mendengarkan taklimat tersebut

Sesi konsultasi bersama Pegawai Penghubung.jpg

Sesi konsultasi bersama Pegawai Penghubung

Latest News
  

MAJLIS DOA KESYUKURAN, MEMBACA SURAH YAASIN DAN SOLAT FARDHU ASAR BERJEMAAH SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM KALI KE 24, TAHUN 2017

Oleh:Wardah Binti Haji Ibrahim

Majlis Doa Kesyukuran HPA 1.jpgMajlis Doa Kesyukuran HPA 2.jpg

Khamis, 28 September — Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hari ini telah turut sama-sama menghadiri Majlis Doa Kesyukuran, Membaca Surah Yaasin Dan Solat Fardhu Asar Berjemaah sempena Hari Perkhidmatan Awam kali ke 24, Tahun 2017 bertempat di Masjid Ash-Saliheen, Kompleks Jabatan Perdana Menteri.

Majlis dimulakan dengan Solat Fardhu Asar berjemaah yang diimamkan oleh Yang Mulia Awang Anuar bin Haji Salim, Pengawai Hal Ehwal Masjid selaku Ketua Imam dan seterusnya diikuti dengan Bacaan Surah Yaasin dan Doa Kesyukuran Khas Hari Perkhidmatan Awam.

Turut hadir ke Majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam) Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Perkhidmatan Awam Kali Ke-24 dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Abu Bakar bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan kakitangan kerajaan.


Latest News
  

MAJLIS PENGHARGAAN KONVENSYEN KUMPULAN KERJA CEMERLANG JABATAN PERDANA  MENTERI DI PERINGKAT KEMENTERIAN BAGI TAHUN 2017

Oleh: Wardah Binti Haji Ibrahim

KKC.jpg

Wakil Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bersama Tetamu Kehormat Majlis Semasa Sesi Bergambar Ramai.

Khamis, 27 Julai – Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hari ini telah sama-sama hadir ke Majlis Penghargaan Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang Jabatan Perdana Menteri di Peringkat Kementerian Bagi Tahun 2017 yang berlangsung di Dewan Bankuet Jabatan Perdana Menteri, Jalan Perdana Menteri.

Majlis penghargaan ini adalah kesinambungan daripada pembentangan-pembentangan yang telah disampaikan oleh wakil daripada Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada hari Isnin (24 Julai 2017) dan Selasa (25 Julai 2017) yang lepas.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Awg Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Setiausaha Tetap Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Pandu Kumpulan Kerja Cemerlang Jabatan Perdana  Menteri di Peringkat Kementerian.

KKC(1).png

Wakil Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Yang Membuat Pembentangan Pada Hari Isnin (Kumpulan JAWHARA)

KKC(2).png

Wakil Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Yang Membuat Pembentangan Pada Hari Isnin (Kumpulan JAWHARA)

Di dalam majlis tersebut juga telah diumumkan 3 buah pasukan yang terpilih bagi mewakili Jabatan Perdana Menteri untuk bertanding ke Majlis Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang di Peringkat Kebangsaan Kali ke–20, tahun 2017 iaitu daripada Jabatan Audit, Jabatan Radio Televisyen Brunei dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Dengan adanya majlis seperti ini diharap akan dapat mendorong semangat para peserta bagi memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu kerja, kecekapan bekerja, meningkatkan keberkesanan bekerja dan produktiviti atau daya pengeluaran kerja.

Latest News
  

MAJLIS BERTAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM KE 24, TAHUN 2017.

Oleh: Wardah Binti Haji Ibrahim

Majlis Tahlil.jpg

Selasa, 26 September — Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hari ini telah turut sama-sama menghadiri Majlis bertahlil bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Majlis bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit ini diadakan sempena dengan Sambutan Hari Perkhidmatan Awam kali ke 24 pada tahun ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, seterusnya bacaan Surah Yaasin dan Doa Tahlil, dipimpin oleh Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hafizzudin bin Pengiran Haji Bakar, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Ketua Imam Masjid Kampong Belimbing Subok.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Setiausaha Tetap Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam, Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Perkhidmatan Awam kali Ke-24, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, pegawai dan kakitangan kerajaan.

Majlis Bertahlil ini merupakan sebahagian daripada kegiatan keagamaan bersempena dengan Sambutan Hari Perkhidmatan Awam.



Tahlil 1.jpg
Tahlil 2.jpg
      

Pegawai dan kakitangan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang turut hadir pada majlis tersebut


Latest News
  

TAKLIMAT PEMBERIGAAN BAGI POC – Kali Keempat

Oleh: Wardah binti Haji Ibrahim


Rabu, 23 Ogos – Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melalui Bahagian Pengambilan hari ini telah mengadakan Taklimat Pemberigaan PoC di Dewan Ujian, Tingkat II, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Majlis telah dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Suhaibul bin Haji Ahmad dan seterusnya ucapan alu-aluan daripada Penolong Setiausaha, Dayang Hajah Maimunah binti Seruji.

gambar 1.jpg

Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Yang Mulia, Penolong Setiausaha, Dayang Hajah Maimunah binti Seruji dan Taklimat disampaikan 

oleh Dayang Norefna binti Abdullah dan Dayang Amal Hazirah binti Haji Talip

Manakala, taklimat ini telah disampaikan oleh Dayang Norefna binti Abdullah, Pegawai Kerja, Unit Perakuan Bahagian Pengambilan dan seterusnya Dayang Amal Hazirah binti Haji Talip, Pegawai Kerja, Unit Iklan Bahagian Pengambilan.

Seramai 25 orang pegawai penghubung serta pengendali proses pengambilan dari Kementerian Kewangan,  Negeri, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan juga Kementerian Hal Ehwal Ugama serta Jabatan-Jabatan di bawahnya telah hadir bagi taklimat tersebut.

Menurut Yang Mulia Hajah Nor Salwanawati binti Haji Shahbudin daripada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian kewangan, secara keseluruhannya sistem PSCR ini adalah sangat baik namun adalah tidak dinafikan bahawa berkemungkinan terjadinya beberapa kesulitan apabila internet yang digunapakai kurang berfungsi atau system down. Beliau juga menambah bahawa penerangan dan pemberigaan matlumat kepada Point of Contact (POC) yang telah disampaikan adalah baik dan kesemua isi dapat difahami

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan lebih lanjut kepada Pegawai Penghubung atau Point of Contact (PoC) yang telah dilantik oleh Kementerian dan Jabatan masing-masing serta menjelaskan mengenai tatacara atau langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa menerima permohonan dan menghadapkan sokongan kebenaran Ketua Jabatan menggunakan sistem PSCR.

Antara isi kandungan utama taklimat ialah mengenalpasti masalah yang sering dihadapi oleh POC semasa membuat approval permohonan secara online serta tatacara mengatasi masalah tersebut.  Dalam pada itu juga, taklimat ini turut menerangkan tatacara permohonan iklan jawatan-jawatan kosong di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi mengukuhkan lagi kriteria pemilihan calon-calon berpandukan skim perkhidmatan dan bidang tugas sesuatu jawatan tersebut.

Taklimat ini kemudiannya berakhir dengan sesi soal jawab dan konsultasi bersama unit–unit di bawah Bahagian Pengambilan.


gambar 2.jpg

Pegawai Penghubung yang hadir mendengarkan taklimat tersebut

gambar 3.jpg

Wakil-wakil semasa sesi konsultasi


Latest News
  




Bagi meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan portal rasmi e-Darussalam khususnya portal permohonan kerja Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) iaitu Sistem PSC Recruitment, e-klinik telah diadakan bagi pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan Kementerian Pendidikan.

Lebih 300 pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan menghadiri klinik yang berlangsung di Dewan Utama, Bangunan Baru Kementerian Pendidikan di mana mereka diperkenalkan mengenai e-Darussalam.

Portal e-Darussalam mengumpulkan maklumat dan menyatukan kesemua perkhidmatan dalam kerajaan, maklumat, statistik, kalendar dan acara-acara yang dijalankan.

Selain itu, ia juga mampu mengakses kesemua perkhidmatan termasuk sistem membaharui lesen memandu, lesen kenderaan, pembayaran bil elektrik, status penggunaan meter elektrik dan aplikasi lesen perniagaan.

Klinik ini bertujuan untuk membantu para peserta cara-cara pendaftaran dan mengaktifkan akaun e-Darussalam, mengimbas dan memuat naik sijil serta dokumen bagi kegunaan Sistem PSC Recruitment, selain menyelesaikan masalah yang dihadapi pengguna akaun e-Darussalam dan Sistem PSC Recruitment.

Portal e-Darussalam boleh dilayari di alamat www.gov.bn atau dihubungi melalui talian Darussalam 123 atau menghantar e-mel ke info@123.com.bn.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

​​

Latest News
  

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PEJABAT SPA

Oleh: Hayrul Erywan bin Haji Abdul Wahab

Khatam Al-quran.jpg


Khamis, 22 Jun - Sempena menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Tingkat 6, Bilik Surau, Bangunan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh Yang Mulia Haji Talip bin Haji Apong, Pegawai Tugas-Tugas Khas. Majlis diteruskan dengan majlis khatam    Al-Quran, bacaan tahlil serta doa selamat beramai-ramai.


Juga hadir ialah Penolong Kanan Setiausaha, Awang Haji Mohd. Adnan bin Haji Abd. Hamid, Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Jabatan.

Acara seumpama ini adalah aktiviti tahunan yang dijalankan oleh Badan B.A.K.A Keugamaan, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi menyemarakkan lagi bulan suci Ramadhan.


Latest News
  

PEJABAT SPA ADAKAN MAJLIS TAHLIL

Oleh : Wardah bin Haji Ibrahim

tahlil.jpg

Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Pejabat SPA membaca Tahlil beramai-ramai sebelum menyambut kedatangan bulan Ramadhan


Selasa, 23 Mei – Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hari ini mengadakan Majlis Bertahlil di Dewan Ujian, Tingkat 2, Bangunan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam khusus bagi pegawai dan kakitangan Pejabat ini yang telah kembali ke rahmatullah.

Hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Yang Mulia Dato Paduka Haji Matassan Bin Haji Md Daud, Pemangku Timbalan Pengerusi Yang Mulia Datin Paduka Dr.Hajah Intan binti Haji Salleh, Pemangku Setiausaha Yang Mulia Pengiran Hajah Sarimah binti Pengiran Haji Metali, Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan, Pegawai Tugas-Tugas Khas, Pegawai-Pegawai Kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Tahlil dipimpin oleh Yang Mulia Haji Talip bin Haji Apong dan diikuti dengan bacaan Doa Arwah.

Majlis Tahlil ini adalah salah satu aktiviti tahunan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.


Latest News
  

PENEMPATAN PESERTA BAGI EXPERIENTAL LEARNING DI PEJABAT SPA

Oleh: Wardah Binti Haji Ibrahim

Sabtu, 21 Oktober — Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah menerima penempatan peserta bagi Program Eksekutif Muda Kohot ke-2 bagi tujuan Experiental Learning selama 2 minggu, mulai 9 Oktober 2017 hingga 21 Oktober 2017.

Para peserta ditempatkan kesemua bahagian-bahagian yang terdapat di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mengikut giliran. Pada 9 Oktober 2017, para peserta ditempatkan di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Manakala pada 10 hingga 12 Oktber 2017, mereka ditempatkan di Bahagian Pengambilan. Seterusnya pada 14 Oktober 2017, di Bahagian Perkhidmatan dan terakhir pada 16 hingga 17 Oktober 2017, ditempatkan ke Bahagian Mesyuarat, Tatatertib dan Perangkaan.

Tujuan penempatan ini adalah bagi memberikan pendedahan kepada peserta tentang amalan terbaik dan sebagai pembuka mata terhadap budaya kerja dan strategi yang berdaya maju.

Peserta  yang berkenaan ialah Dyg Syazwana binti Haji Souyono, Pegawai Alam Sekitar daripada Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRE), Dyg Nor Amalina binti Haji Abd Rahim, Pegawai Pendidikan daripada Jabatan Pendidikan (MOE), awg Abdul Haziq Hazazi bin Haji Awg Ramli, Pegawai Penyelidik (Brunei Resource Development), daripada Jabatan Penyelidikan, Ak. Md Fakhruddin bin Pg Haji Ismail, Arkitek daripada Autoriti Kawalan Bagunan dan Industri Pembinaan (ABCi) dan Abang Muhammad Masrur bin Abang Zainuddin, Pegawai Permakanan daripada Jabatan Hal Ehwal Syariah (MORA).

Experiental Learning 1.jpgExperiental Learning 2.jpg

Penempatan para peserta diakhiri hari ini 21 Oktober 2017 dengan  taklimat (presentation) yang disampaikan oleh para peserta kepada Pemangku Setiausaha, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai  pejabat SPA mengenai proses SPA dan memberikan cadangan pembaikan hasil daripada tinjauan mereka.

Taklimat hasil tinjauan para peserta penempatan kemudiannya disudahi dengan sesi bergambar ramai  sebagai kenang-kenangan.

Experiental Learning 3.jpg

Latest News
  

TAKLIMAT PROGRAM  MASYARAKAT BERMAKLUMAT

Oleh:Wardah Binti Haji Ibrahim

Taklimat Program Masyarakat Bermaklumat.jpg

Yang Mulia Muhammad Syahmi bin Halimshah, Pegawai Kerja Bahagian Pengambilan Semasa Menyampaikan Taklimat dan dibantu oleh Yang Mulia Haji Muhammad Emmy Shamrry bin Haji Kadir.


Selasa, 19 September — Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hari ini telah menyampaikan Taklimat Program Masyarakat Bermaklumat bertempat di Dewan Kemasyarakatan Kampong Bukit Beruang anjuran Jabatan Penerangan.

Taklimat ini disampaikan oleh Yang Mulia Muhammad Syahmi bin Halimshah, Pegawai Kerja Bahagian Pengambilan dan dibantu oleh Yang Mulia Haji Muhammad Emmy Shamrry bin Haji Kadir, Penolong Pegawai Kerja Tingkat I, Unit Perhubungan Awam Bahagian Pengarahan, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kepada para peserta di kalangan penduduk termasuk ketua-ketua kampong terdiri daripada Kampong Telisai, kampong Bukit Beruang dan Kampong Danau.


Taklimat Program Masyarakat Bermaklumat 2.jpg Taklimat Program Masyarakat Bermaklumat 3.jpg

Para Peserta yang hadir mendengarkan taklimat tersebut

 

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan memberigakan perkembangan serta usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan antara lainnya taraf hidup rakyat melalui aktiviti keusahawanan, taklimat-taklimat serta lawatan-lawatan.

Adapun tajuk taklimat yang telah disampaikan ialah "PSC Recruitment secara Online" yang antara lain menyentuh tentang permohonan SPA yang dahulu dikendalikan dengan menggunakan borang SPA 1 atau Borang SPA 2 dan sekarang hanya menggunakan online sahaja.

Taklimat ini juga membincangkan tentang tatacara permohonan calon, pengendalian ujian, temuduga dan lain-lain.

Di akhir majlis taklimat ini juga telah diadakan sesi soal jawab. Antara soalan-soalan yang dikemukakan ialah berapa  lamakah proses perakuan dari tarikh tutup iklan dan adakah pengendalian proses tersebut dijalankan secara automatik atau manual,  kenapakah pemohon yang overqualified tidak diperakukan untuk menjawat jawatan yang rendah berbanding kelulusan mereka dan lain-lain.




Latest News
  

TAKLIMAT BERSAMA PEGAWAI PENGHUBUNG (PoC) – Kali Ketiga

Oleh:Wardah Binti Haji Ibrahim

poc-k-3.jpg

Ucapan alu-aluan daripada Pemangku Penolong Kanan Setiausaha

Rabu, 16 Ogos — Bahagian Pengambilan, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah mengadakan taklimat iaitu sesi Taklimat Pemberigaan bagi PoC pada hari ini yang berlangsung di Dewan Ujian, Tingkat 2, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan lebih lanjut kepada Pegawai Penghubung atau Point of Contact (PoC) yang telah dilantik oleh Kementerian dan Jabatan masing-masing serta menjelaskan mengenai tatacara atau langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa menerima permohonan dan menghadapkan sokongan kebenaran Ketua Jabatan menggunakan sistem PSCR.

Taklimat hari ini dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Suhaibul bin Haji Ahmad, Penolong Pegawai Kerja Tingkat I dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pemangku Penolong Kanan Setiausaha, Dayang Hajah Maimunah binti Seruji.

poc-k-3(1).jpg

Sesi konsultasi bersama Pegawai-Pegawai di Bahagian Pengambilan

Seterusnya, taklimat pertama disampaikan oleh Dayang Norefna binti Abdullah, Pegawai Kerja Unit Perakuan, beliau menyentuh tentang pemberigaan maklumat kepada POC iaitu masalah yang sering dialami oleh POC semasa membuat approval permohonan secara online serta tatacara mengatasi masalah tersebut.

Manakala, taklimat kedua telah disampaikan oleh Dayang Amal Hazirah binti Talip, Pegawai Kerja Unit Iklan, beliau menerangkan tatacara permohonan iklan jawatan-jawatan kosong di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi memperkukuhkan lagi kriteria pemilihan calon-calon berpandukan skim perkhidmatan dan bidang tugas sesuatu jawatan tersebut.

Seramai 30 orang pegawai penghubung serta pengendali proses pengambilan dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Jabatan-Jabatan di bawahnya iaitu dari Jabatan Daerah Brunei Muara, Jabatan Daerah Tutong, Jabatan Daerah Belait, Jabatan Daerah Temburong, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jabatan Bandaran Tutong, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria, Jabatan Immigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara dan akhir sekali Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan telah hadir bagi taklimat tersebut.

Di akhir majlis taklimat ini juga  telah diadakan sesi konsultasi bersama Unit-unit di bawah kawalan Bahagian Pengambilan iaitu dari Unit Iklan, Unit Perakuan atau shortlisting, Unit Penilaian yang merangkumi proses ujian dan proses temu duga dan akhir sekali dari Unit Kertas Kerja yang menyentuh mengenai proses pengambilan Gaji Hari ke Gaji Bulan.

Latest News
  

PEJABAT SPA LANCARKAN SISTEM UJIAN PEPERIKSAAN

Oleh: Wardah Binti Haji Ibrahim

Sabtu, 14 Okt— Urusetia Unit Penilaian, Bahagian Pengambilan, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah melancarkan Sistem Ujian Peperiksaan buat kali pertama hari ini bertempat di Dewan Ujian SPA, Tingkat 2.

Adapun Sistem Ujian Peperiksaan ini dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah dan penerangan ringkas yang diketuai sendiri oleh Yang Mulia, Awang Zulhilmi bin Ahmad Sherjawi, Pegawai Kerja Tingkat 1.

Pelancaran Ujian Berkomputer 1.pngPelancaran Ujian Berkomputer 2.png

Yang Mulia, Puan Hjh Dahliana binti Hj Aliakbar, Pemangku Setiausaha dan Pegawai serta kakitangan yang turut sama-sama hadir bagi memantau persediaan Sistem Ujian Peperiksan sebelum ia diperkenalkan buat pertama kali



Sebelum memulakan ujian yang sebenar, pihak peyeleggara sistem ujian ini mula-mula sekali menayangkan video keselamatan dan video tutorial  bagi menunjukkan langkah-langkah menjawab ujian yang betul. Malahan bagi memastikan para calon memahami tatacara sistem ini dengan lebih terperinci, terlebih dahulu mereka dikehendaki untuk menguji cuba sistem ujian peperiksaan ini selama 2 minit dengan menggunakan akaun olok-olok yang disediakan oleh pihak Urusetia Unit Penilaian, Bahagian Pengambilan.

Tujuan Sistem Ujian Peperiksaan ini ialah bagi mengantikan dan menukar ujian secara bertulis kepada berkomputer. Ujian secara berkomputer ini diaplikasikan terlebih dahulu khusus untuk bahagian 2, 3. 4. Manakala bahagian 5, akan diterapkan pada tahun hadapan. Selain itu, tujuannya juga adalah bagi menambah baik kaedah ujian penilaian secara online serta bagi sama-sama memperbaiki mutu perkhidmatan sistem peperiksaan Pejabat SPA.

Semasa menjalankan Sistem Ujian Peperiksaan tersebut, borang kaji selidik juga turut diberikan bagi mengetahui maklum balas mereka yang terlibat. Setelah meneliti borang kaji selidik yang dijawab, didapati kebanyakkan maklum balas yang diterima adalah positif.

Pelancaran Ujian Berkomputer 3.pngPelancaran Ujian Berkomputer 4.png

Yang Mulia, Awang Zulhilmi bin Ahmad Sherjawi, Pegawai Kerja Tingkat 1 semasa menerangkan Sistem Ujian Peperiksaan secara berkomputer

Para calon semasa ujian berlangsung

Latest News
  

JERAYAWARA BERSAMA PEGAWAI PENGHUBUNG (PoC)

Oleh : Hayrul Erywan bin Haji Abdul Wahab

Jerayawara.jpg

Rabu, 14 Jun — Bahagian Pengambilan, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah mengadakan taklimat iaitu sesi Taklimat Pemberigaan bagi PoC pada hari ini.

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan lebih lanjut kepada Pegawai Penghubung atau Point of Contact (PoC) yang telah dilantik oleh Kementerian dan Jabatan masing-masing serta menjelaskan mengenai tatacara atau langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa menerima permohonan dan menghadapkan sokongan kebenaran Ketua Jabatan menggunakan sistem PSCR.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh SPA, wakil HR Personnel dari setiap kementerian dan jabatan Kerajaan telah dijemput untuk menghadiri taklimat berkenaan yang berlangsung di Dewan Ujian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Tingkat II.

Taklimat hari ini dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Suhaibul bin Haji Ahmad, Penolong Pegawai Kerja Tingkat I dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pemangku Penolong Kanan Setiausaha, Dayang Hajah Maimunah binti Seruji.

Seterusnya, taklimat pertama disampaikan oleh Dayang Norefna binti Abdullah, Pegawai Kerja Unit Perakuan, beliau menyentuh tentang pemberigaan maklumat kepada POC iaitu masalah yang sering dialami oleh POC semasa membuat approval permohonan secara online serta tatacara mengatasi masalah tersebut.

Manakala, taklimat kedua disampaikan oleh Dayang Amal Hazirah binti Talip, Pegawai Kerja Unit Iklan, beliau menerangkan tatacara permohonan iklan jawatan-jawatan kosong di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi mengukuhkan lagi kriteria pemilihan calon-calon berpandukan skim perkhidmatan dan bidang tugas sesuatu jawatan tersebut.

Di akhir majlis taklimat ini juga  telah diadakan sesi konsultasi bersama Unit-unit di bawah kawalan Bahagian Pengambilan iaitu dari Unit Iklan, Unit Perakuan atau shortlisting, Unit Penilaian yang merangkumi proses ujian dan proses temu duga dan akhir sekali dari Unit Kertas Kerja yang menyentuh mengenai proses pengambilan Gaji Hari ke Gaji Bulan.


Latest News
  

PEJABAT SPA TURUT MEWARNAI MAJLIS ISTIADAT PERARAKAN DIRAJA SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS

Oleh:Wardah Binti Haji Ibrahim

Khamis, 5 Oktober — Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hari ini telah turut sama-sama hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Istiadat Perarakan mengelilingi Bandar Seri Begawan bersempena dengan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.


JE 1.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat Majlis Istiadat Perarakan Diraja Sempena Sambutan Jubli Emas


Seramai lebih kurang 25 orang pegawai dan kakitangan serta ahli keluarga mereka telah hadir pada Majlis Istiadat Perarakan tersebut.

Sebahagian rombongan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada awalnya telah berkumpul di kawasan Kompleks Jabatan Perdana Menteri sebelum menuju ke tempat khas, manakala sebahagiannya pula menunggu terus di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat, Bandar Seri Begawan.

Pegawai dan kakitangan yang terlibat di dalam majlis berkenaan merasa teruja dan gembira kerana telah berkesempatan hadir bagi menyaksikan detik yang penuh gemilang dan bersejarah ini.

Mereka juga sangat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah memanjangkan usia Baginda Sultan dan di atas tampuk pemerintahannya, Negara Brunei Darussalam telah mencapai kemasyhuran di arena dunia dan antarabangsa.

Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dengan ini juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil kesempatan menyembahkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Jubli Emas Baginda Sultan Menaiki Takhta.

JE 2.pngJE 2.png


Latest News
  

MAJLIS DOA SELAMAT BAGI BAKAL JEMAAH HAJI PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM YANG BAKAL MENUNAIKAN FARDHU HAJI TAHUN 1438H/ 2017M

Oleh: Wardah binti Haji Ibrahim

majlis.jpgmajlis(1).png

SABTU , 5 Ogos – Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hari ini telah mengadakan Majlis Doa Selamat bagi Pegawai dan Kakitangan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang bakal menunaikan fardhu haji pada tahun ini bertempat di Dewan Ujian, Tingkat 2, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Abu Bakar bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Pemangku Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Pegawai Tugas-Tugas Khas, Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai serta kakitangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Haji Mohammad Sa'adullah bin Haji Salleh, Imam Masjid  Rashidah Sa'adatul Bolkiah Kg Sg Akar.

Majlis seterusnya ialah Penyampaian Sumbangan kepada bakal-bakal Jemaah haji dan kemudian diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

Seramai lebih kurang 100 orang pegawai dan kakitangan telah hadir bagi sama-sama membaca doa selamat untuk bakal-bakal Jemaah haji yang bakal menunaikan fardhu haji pada tahun ini. Mereka yang dimaksudkan  ialah Yang Mulia Awg Jaini bin Haji Abdullah, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Yang Mulia Dyg Mariam binti Haji Nohi/ Nohin, Pegawai Perangkaan Rendah yang bertugas di Unit Perangkaan dan Dokumentasi, Bahagian Mesyuarat, Tatatertib dan Perangkaan.

Latest News
  

SESI KHAS BENGKEL PROGRAM PENGGREDAN PRESTASI SEKTOR AWAM (3PSA) MELALUI PENARAFAN BINTANG BAGI TAHUN 2017

Oleh: Wardah binti Haji Ibrahim

Kumpulan_Pegawai_Penilai.png

Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan bersama para Kumpulan Pegawai Penilai

Khamis, 4 Mei – Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah turut serta di dalam Sesi Khas Bengkel Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) Melalui Penarafan Bintang di Dewan Ittisal, Institut Perkhidmatan Awam anjuran Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD), Jabatan Perdana Menteri.

Turut hadir di sesi tersebut ialah Yang Mulia Awang Aminuddin bin Haji Buntar, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Awam, Yang Mulia Dayangku Hajah Masbi binti Haji Morni, Pemangku Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pengurusan dan ketua-ketua bahagian MSD

Sesi khas ini melibatkan 7 buah agensi dan merupakan kesinambungan daripada Bengkel 3PSA yang telah diadakan pada 27 Februari  sehingga 4 Mac 2017 yang lalu.

Berikutan bengkel tersebut, setiap agensi berkenaan diperlukan untuk melaksanakan self-assessment di agensi masing-masing dan Kumpulan Pegawai Penilai (peserta bengkel) agensi-agensi berkenaan hendaklah mengongsikan dan membentangkan dapatan daripada Self-Assessment di sesi khas ini sebelum dibentangkan di agensi masing-masing.  

Susulan daripada sesi khas ini, Kumpulan Pegawai Penilai akan membentangkan pula dapatan self-assessment tersebut dengan pengurusan atasan di agensi mereka masing-masing. Hasil dapatan akan dibuat penganalisaan lanjut oleh MSD sebagai intelligent information dan perbandingan semasa formal assessment nanti.

Sesi khas diakhiri dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta Bengkel 3PSA. 

Latest News
  




Sistem Public Service Commission (PSC) Recruitment akan membolehkan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memproses permohonan kerja dengan cepat dan berkesan.

Melalui sistem ini, dijangkakan tempoh selesai memproses pengisian jawatan kosong bermula dari tarikh buka iklan, proses perakuan, ujian, temu duga sehinggalah penyediaan kertas sokongan adalah kira-kira tujuh minggu.

Setiausaha SPA, Awang Salminan bin Haji Burut menyatakan perkara tersebut semasa Majlis Pelancaran Sistem PSC Recruitment yang berlangsung di Dewan Ujian, Pejabat SPA, di sini.

Terdahulu, Awang Salminan menjelaskan, sistem ini adalah satu kaedah baru bagi orang ramai termasuk warga Perkhidmatan Awam untuk membuat permohonan bagi mengisikan jawatan-jawatan kosong di bawah pengendalian SPA secara 'online' dan seterusnya bagi SPA memproses permohonan berkenaan juga secara 'online'.

Tambahnya, sistem yang mula dibangunkan pada bulan September 2014 ini, menggantikan Sistem Maklumat Perkhidmatan Awam (SIMPA) yang digunakan sejak tahun 1999 dan kini, sudah tidak lagi mampu untuk menampung pengendalian permohonan yang jumlahnya semakin meningkat setiap tahun.

Pada tahun lepas sahaja, ujarnya, SPA menerima kira-kira 165,000 permohonan dan proses pengambilan melalui SIMPA ini adalah bersifat 'semi-automated' dan memakan masa yang lama untuk diselesaikan.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis pelancaran tersebut ialah Pengerusi SPA, Pengiran Dato Paduka Haji Maidin bin Pengiran Haji Hashim.

Juga hadir ialah Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Awang Yahya bin Haji Idris dan Timbalan Setiausaha Tetap di JPM, Awang Adi Samsul bin Haji Sabli.

Pada majlis tersebut, Pengerusi SPA juga menyaksikan tayangan video dan pameran mengenai proses-proses dalam PSC Recruitment dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sistem tersebut yang dipersembahkan oleh Jawatankuasa Majlis.

Sementara itu para tetamu yang hadir juga berpeluang menyaksikan dan menyertai tunjuk cara mengenai proses-proses pendaftaran dan permohonan melalui sistem ini.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Latest News
  




Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah memperkenalkan kaedah baru ujian penilaian bagi jawatan-jawatan dalam Bahagian II dan ke atas dengan menggunakan kaedah Ujian Psikometrik atau ujian secara ‘online’.

Ujian Psikometrik adalah satu kaedah standard dan saintifik bagi mengukur keupayaan mental dan gaya tingkah laku serta kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperolehi/dipelajari seseorang individu dari segi minat, sikap, personaliti, kecenderungan, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Kaedah ini digunakan secara meluas dalam sistem pengambilan tenaga kerja baru di negara-negara lain.

Pegawai Kerja di Bahagian Pengambilan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Awang Syahmi Halimshah dalam temu bual bersama pihak media menjelaskan bahawa Pejabat Suruhanjaya melangkah setapak lagi ke hadapan dengan mengadakan ujian secara ‘online’.

Kaedah tersebut, jelasnya, digunakan untuk menguji keupayaan calon-calon dari segi mental, kebolehan menyelesaikan masalah  soalan-soalan yang diberikan.

Menurutnya, Ujian Psikometrik mempunyai tiga komponen iaitu Ujian Verbal Reasoning Test, Ujian Numerical Reasoning dan Ujian Inductive Reasoning.

Ketiga-tiga ujian ini, tambahnya, merupakan komponen penting dalam menilai kebolehan calon tersebut, dan merupakan kaedah standard yang digunakan secara meluas oleh negara-negara jiran sama ada dalam kemasukan dalam Perkhidmatan Awam, kemasukan dalam universiti dan sebagainya.

Beliau menjelaskan, kaedah ini juga digunakan bagi menilai calon-calon yang layak, dan SPA menggunakan kaedah ini adalah supaya proses pengambilan ke dalam Perkhidmatan Awam itu menjadi lebih cepat dan sekali gus dapat mencari calon-calon yang lebih sesuai dan berkaliber untuk berkhidmat kedalam Perkhidmatan Awam.

Ujian Psikometrik telah mula digunakan di Pejabat SPA pada 25 Mei 2015. Pada mulanya, Ujian Psikometrik dikendalikan secara manual menggunakan format pensel dan kertas dan pada 20 Oktober 2015, ujian tersebut mula menggunakan sistem dalam talian (online).

Ujian tersebut adalah salah satu inisiatif dan usaha berterusan Pejabat SPA dalam memperbaiki sistem pemilihan calon-calon yang layak dan terbaik untuk dipilih bagi mengisikan kekosongan jawatan-jawatan yang ditawarkan oleh kementerian/jabatan dan mengurangkan ‘Job Mismatch’.

Dalam pada itu, pelaksanaan kaedah ini akan dapat meningkatkan keberkesanan dan mempercepatkan proses pengisian jawatan-jawatan yang dikendalikan oleh Pejabat Suruhanjaya Awam.

Selain itu, ujian ini juga membantu untuk mencapai objektif pelaksanaan Sistem PSC Recruitment iaitu sistem pengambilan dalam talian yang telah dilaksanakan sejak 4 Mac 2015 dan melalui kaedah ini markah calon-calon yang menduduki ujian dengan mudah dimuat naik ke dalam sistem PSC Recruitment bagi proses pengisian selanjutnya.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Latest News
  

TAKLIMAT PEMBERIGAAN BAGI POC – KALI KEDUA

Oleh: Wardah Binti Haji Ibrahim

poc.jpg

Taklimat disampaikan oleh Dayang Norefna binti Abdullah dan Dayang Amal Hazirah binti Haji Talip

Rabu, 2 Ogos – Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melalui Bahagian Pengambilan hari ini telah mengadakan Taklimat Pemberigaan PoC di Dewan Ujian, Tingkat II, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Majlis telah dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Suhaibul bin Haji Ahmad dan seterusnya ucapan alu-aluan daripada Penolong Setiausaha, Dayang Hajah Maimunah binti Seruji.

Manakala, taklimat ini telah disampaikan oleh Dayang Norefna binti Abdullah, Pegawai Kerja, Unit Perakuan Bahagian Pengambilan dan seterusnya Dayang Amal Hazirah binti Haji Talip, Pegawai Kerja, Unit Iklan Bahagian Pengambilan.

poc(1).jpg

Pegawai penghubung atau Point of Contact yang turut hadir semasa taklimat.

Seramai 30 orang pegawai penghubung serta pengendali proses pengambilan dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah hadir bagi sesi pagi  taklimat tersebut manakala seramai 20 orang pegawai penghubung serta pengendali proses pengambilan dari Kementerian Pertahanan, Kementerian Pembangunan dan dari Jabatan Politeknik Brunei telah hadir bagi sesi petang.

Manakala, Dayang Erma Hidayati binti Haji Ibrahim daripada Kementerian Pembangunan menyatakan bahawa proses penggunaan POC ini walaupun ada sedikit kesulitan namun tidak dinafikan juga mempunyai faedah dan manfaatnya tersendiri. Ia juga menyenangkan dan memudahkan urusan mereka yang berkenaan.

Manakala, Dayang Ernaliza Binti Kasali, Sistem POC merupakan satu sistem yang amat baik di mana ia secara tidak langsung membantu dalam menjimatkan masa dan tenaga. Taklimat berkenaan POC ini juga menurut beliau adalah suatu usaha yang memberangsangkan. Ini kerana dengan membaca maklumat yang diberikan melalui brosur dan risalah adalah kurang memadai dan jelas.

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan lebih lanjut kepada Pegawai Penghubung atau Point of Contact (PoC) yang telah dilantik oleh Kementerian dan Jabatan masing-masing serta menjelaskan mengenai tatacara atau langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa menerima permohonan dan menghadapkan sokongan kebenaran Ketua Jabatan menggunakan sistem PSCR.

Antara isi kandungan taklimat tersebut ialah Pengenalan, Proses Shortlisting, Pengendalian Aduan Dan Pertanyaan, Proses Pengiklanan dan Proses Penilaian Calon.

Di akhir majlis ini telah diadakan sesi konsultasi bersama Unit-unit di bawah kawalan Bahagian Pengambilan.

Latest News
  




Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memperkenalkan Sistem Public Service Commission (PSC) Recruitment bagi kemudahan menghadapkan permohonan dan mempercepatkan proses pengambilan serta pengisian jawatan kosong yang dikendalikan.

Penolong Setiausaha, SPA, Dayang Hajah Maimunah binti Seruji menjelaskan perkara itu pada sesi Taklimat Mengenai Sistem PSC Recruitment kepada Pegawai-pegawai Perhubungan Kementerian dan Jabatan yang berlangsung di Dewan Penghayatan, Institut Perkhidmatan Awam, di sini.

Jelasnya, sistem ini adalah bagi menanai Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-21 di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas pada 27 November 2014 yang mana baginda antara lain telah memperkenankan penggunaan kaedah ‘online recruitment’ bagi orang ramai boleh membuat urusan-urusan secara ‘online’ dalam masa yang singkat.

Sistem tersebut tambahnya, adalah menggunakan aplikasi internet yang boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja dan mulai 28 Februari yang lalu, semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui Portal PSC Recruitment.

“Oleh yang demikian, orang ramai boleh memasukkan dan mengemaskinikan sendiri maklumat peribadi dalam ruang 'My Profile' masing-masing dalam sistem, menghadapkan permohonan jawatan kosong dan mengetahui status permohonan mereka, semuanya boleh dilakukan dalam talian atau secara ‘online’ menggunakan sistem berkenaan,” ujarnya lagi.

Seramai 120 peserta menghadiri taklimat tersebut yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang mempunyai bidang tugas dan tanggung jawab dalam hal ehwal pentadbiran atau pengurusan sumber tenaga manusia di kementerian dan jabatan masing-masing telah dilantik selaku 'Point of Contact' (POC) Sistem PSC Recruitment.

Sebagai POC, pegawai berkenaan berperanan untuk mengurus, memproses, membuat dan seterusnya menghadapkan sokongan tertentu bagi pihak Ketua Jabatan, secara ‘online’ melalui sistem bagi setiap permohonan yang dibuat oleh pegawai dan kakitangan di kementerian atau jabatan masing-masing.

Turut hadir pada sesi taklimat tersebut ialah Setiausaha SPA, Awang Salminan bin Haji Burut.

Antara lain tujuan taklimat diadakan ialah untuk memberi penerangan mengenai sistem PSC Recruitment, latar belakang dan faedah pelaksanaannya, pendekatan lanjut mengenai tatacara menghadapkan sokongan kementerian dan jabatan melalui Sistem PSC Recruitment serta peranan dan tanggungjawab POC.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Kerja di Bahagian Pengambilan, Pejabat SPA, Dayang Norefna binti Abdullah dan CAMP Intern dari Brunei Solutions Development Centre (BSDC), Dayang Nurazmina binti Haji Sidek, dihasratkan dapat meningkatkan persediaan kementerian dan jabatan sebelum iklan jawatan-jawatan kosong yang pertama dikeluarkan dalam Sistem PSC Recruitment bermula hari Rabu, 4 Mac 2015.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Latest News