Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
26.09.17 - Majlis Bertahlil di Makam Kubah Diraja

MAJLIS BERTAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM KE 24, TAHUN 2017.

Oleh: Wardah Binti Haji Ibrahim

Majlis Tahlil.jpg

Selasa, 26 September — Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hari ini telah turut sama-sama menghadiri Majlis bertahlil bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Majlis bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit ini diadakan sempena dengan Sambutan Hari Perkhidmatan Awam kali ke 24 pada tahun ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, seterusnya bacaan Surah Yaasin dan Doa Tahlil, dipimpin oleh Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hafizzudin bin Pengiran Haji Bakar, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Ketua Imam Masjid Kampong Belimbing Subok.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Setiausaha Tetap Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam, Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Perkhidmatan Awam kali Ke-24, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, pegawai dan kakitangan kerajaan.

Majlis Bertahlil ini merupakan sebahagian daripada kegiatan keagamaan bersempena dengan Sambutan Hari Perkhidmatan Awam.



Tahlil 1.jpg
Tahlil 2.jpg
      

Pegawai dan kakitangan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang turut hadir pada majlis tersebut


Attachments