Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
21.12.17 - Pejabat Suruhanjaya Perkhimatan Awam, Negara Brunei Darussalam Terima Kunjungan Daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (Spans)

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIMATAN AWAM, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TERIMA KUNJUNGAN DARIPADA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK (SPANS)

Oleh:Wardah Binti Haji Ibrahim

Khamis, 21 Dis — Rombongan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak kelmarin, pada Hari Rabu, 20 Disember 2017 telah tiba di Pos Kawalan Imigresen Kuala Luruh, Negara Brunei Darussalam dan seterusnya menuju ke Hotel Centrepoint, Gadong.

Rombongan SPA Negeri Sarawak seterusnya disambut dan diraikan di dalam satu majlis jamuan makan malam di Dynasty Restaurant, Gadong.

spansrwk.jpg

Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Abu Bakar Bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, Pengerusi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam; Yang Mulia Dato Paduka Haji Matassan Bin Haji Md. Daud, Timbalan Pengerusi; Yang Mulia Puan Hajah Dahliana Binti Haji Aliakbar, Pemangku Setiausaha; Yang Mulia Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Pegawai Tugas-Tugas Khas.

Seterusnya pada keesokkan hari, 21 Disember 2017 bersamaan dengan Hari Khamis, Rombongan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak telah membuat lawatan ke Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam.

Rombongan SPA Negeri Sarawak terlebih dahulu menikmati jamuan ringan yang disediakan dan kemudian menyaksikan tayangan Video Keselamatan serta mendengarkan taklimat di Bilik Sidang Utama, Tingkat 5.

Setelah itu, rombongan SPA Negeri Sarawak dibawa beredar menuju ke Dewan Ujian, Tingkat 2, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi sesi bergambar ramai dan selepas itu, menyaksikan Portal Public Service Commisssion Recruitment (PSC-R) dan PSC-Cams.

spansrwk02.jpg

Adapun rombongan SPA Negeri Sarawak ini terdiri daripada 14 orang termasuk Yang Berbahagia Datu Abdul Ghafur bin Shariff, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak; Yang Berbahagia Datu Romis Sigan Daniel @ Augustus Remeo Daniel, Timbalan Pengerusi; serta ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak yang lain.

Tujuan rombongan SPANS ke Negara ini adalah bagi membuat kunjungan ke Pejabat Suruhanjaya Negara Brunei Darussalam supaya akan dapat menjalinkan silaturrahim yang lebih erat bagi kedua-dua pihak dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan kerjasama dan sebagai platform  untuk bertukartukar maklumat mengenai amalan-amalan terbaik (Best Practices) pengambilan, pengurusan perkhidmatan dan yang berkaitan dengan bidang tugas Suruhanjaya.

Lewat petang hari ini, rombongan SPA Negeri Sarawak telah membuat perjalanan mereka untuk balik ke Negeri Sarawak melalui Miri.

Attachments