Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
06.02.18 - Taklimat Mengenai Kaedah Menangani Pengurusan Pelanggan Dst Communication Sdn. Bhd

TAKLIMAT MENGENAI KAEDAH MENANGANI PENGURUSAN PELANGGAN DST COMMUNICATION SDN. BHD

Oleh:Wardah Binti Haji Ibrahim

Selasa, 6 Februari — DST Communication Sdn. Bhd hari ini telah menyampaikan satu taklimat mengenai kaedah menangani pengurusan pelanggan atas undangan daripada Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan awam bertempat di Dewan Ujian, tingkat 2, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Taklimat mengenai kaedah menangani pengurusan pelanggan DST Commmunication Sdn. Bhd ini terbahagi kepada dua sesi.

Taklimat sesi pertama disampaikan oleh Yang Mulia Datin Hjh Umikaltum binti Hj Mat Daud, Penolong Pengurus Am (Bahagian Perkhidmatan Pelanggan) dan dibantu oleh Yang Mulia Md AliAsrinizal bin Hj Md Taib, Penolong Pengurus (Corporate & Premium Acc); Ramizah binti Hj Md Alizul, Penolong Pengurus (Bahagian Perkhidmatan Pelanggan), DST Communication Sdn.Bhd.

taklimatDST3.pngtaklimatDST2.png

Manakala, taklimat kali kedua pula disampaikan oleh Yang Mulia Md AliAsrinizal bin Hj Md Taib, Penolong Pengurus (Corporate & Premium Acc), DST Communication Sdn.Bhd.

Adapun lebih kurang seramai 40 orang pegawai dan kakitangan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menghadiri taklimat berkenaan.

Turut hadir pada sesi pertama taklimat ialah Yang Mulia Puan Hjh Dahliana binti Hj Aliakbar, Pemangku Setiausaha.

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan sebagai platform untuk bertukar-tukar maklumat mengenai amalan-amalan terbaik (Best Practices) pentadbiran, hal ehwal pekerja dan pengurusan pelanggan.

Kedua sesi Taklimat tersebut kemudiannya diakhiri dengan sesi soal jawab dan bergambar ramai.

taklimat dst.pngdst03.JPG

Attachments