Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
21.11.19 | Semarak Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Pejabat SPA 1441 Hijrah

SEMARAK SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W PEJABAT SPA 1441 HIJRAH

Oleh:Wardah Binti Haji Ibrahim

03Maulud19.png

Khamis, 21 November — Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hari ini telah turut sama-sama hadir dan mengungkayahkan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi tahun 1441 hijrah yang berlangsung di Dewan Ujian, Tingkat II, Bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Awang Haji Abu Bakar bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail.

Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pengerusi, Yang Mulia Dato Paduka Awg Haji Md Said Bin Pehin Orang Kaya Pekerja Setia Dato Paduka Haji Hashim dan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Yang Mulia Dayang Hajah Dahliana Binti Haji Aliakbar.

Juga hadir di majlis tersebut ialah Ahli-Ahli Mesyuarat Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Pegawai Tugas-Tugas Khas, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai serta Kakitangan.

Majlis  dimulakan dengan bacaan Ummul Al-Quran yang dibacakan oleh Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Kasim bin Haji Lamat, Pegawai Tugas-Tugas Khas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Majlis diteruskan dengan Ceramah Khas yang disampaikan oleh Penceramah Undangan yang didatangkan daripada Pusat Dakwah Islamiah, Yang Mulia Ustaz Dr. Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah yang antara lain mengetengahkan tema Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallahu Alaihi Wassalam pada tahun ini iaitu 'Meneladani Muamalat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam'.

02Maulud19.png

Majlis seterusnya dimeriahkan dengan Acara Dikir Marhaban oleh Pegawai-Pegawai dan Kakitangan-Kakitangan Lelaki Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallahu Alaihi Wassalam merupakan acara tahunan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan warga SPA, di samping memperingati peristiwa bersejarah kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Majlis kemudiannya diakhiri  dengan bacaan doa selamat yang diketuai oleh Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Kasim bin Haji Lamat, Pegawai Tugas-Tugas Khas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

01Maulud19.png

Attachments