Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
21.12.19 | Taklimat Sistem Pemantauan 100 Jam

TAKLIMAT SISTEM PEMANTAUAN 100 JAM

Oleh: Wardah Binti Haji Ibrahim | Photo: HAyrul Erywan bin Hj Abd Wahab

100jam00.png

Sabtu, 21 Disember — Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri hari ini telah menyampaikan satu taklimat mengenai dengan Sistem Pemantauan 100 jam bertempat di Dewan Ujian, tingkat 2, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Adapun lebih kurang seramai 87 orang pegawai dan kakitangan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menghadiri taklimat berkenaan.

100jam02.png100jam03.png

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk melaksanakan pemantauan 100 jam bagi setiap pegawai dan kakitangan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam diberikan peluang menjalani latihan dalam semua bentuk aktibiti dan program perkembangan latihan dan peningkatan sumber tenaga manusia dengan menggunakan templet yang sudah diguna pakai oleh Jabatan Pengurusan Perkhidmatan (MSD).

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Roshdi bin Bahrin, Penolong Pegawai Perkhidmatan Pengurusan, iaitu pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD), Jabatan Perdana Menteri. Sesi Taklimat tersebut kemudiannya diakhiri dengan sesi soal jawab dan bergambar ramai.

100jam04.png100jam01.png

Attachments