Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
01.10.20 | Lawatan Kerja Ke Datastream Digital Sendirian Bhd (DST)

LAWATAN KERJA KE DATASTREAM DIGITAL SENDIRIAN BHD (DST)

Oleh: Unit Perhubungan Awam | Photo: Siti Norazidah binti Md Said & Sumbangan Datastream Technologies Sdn Bhd


01hb Oktober 2020- Rombongan seramai 5 orang pegawai dan 2 orang pegawai I-Ready Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah mengadakan lawatan kerja ke Datastream Digital Sendirian Bnd (DST) pada 30hb Oktober 2020, hari Rabu.

Rombongan adalah diketuai oleh YM Muhammad Ihsan Sabri bin Hj Abd Manap, Pegawai Pentadbir Tingkat Khas dan rombongan telah disambut oleh pihak Pengurusan dan kakitangan DST.

3.jpg  2.jpg 8.jpg

Kedua pihak rombongan mengadakan sesi perkongsian bersama YM Puan Melina Jaini Talent Manager, People Ops dan YM Tuan Damit Haji Abd Ladi, Customer Services Manager. Di antara perkara yang dipelajari dan dibincangkan di antara kedua pihak adalah mengenai mempersiapkan tenaga kerja di era ekonomi digital. Di samping itu juga, pihak rombongan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam juga berpeluang mempelajari dalam tatacara pengendalian pengurusan perkhidmatan dan pemedulian pelanggan, melalui operasi call centre 151.

Lawatan kerja berkenaan adalah salah satu siri inisiatif pembangunan kapasiti warga Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam mempelajari best practices dari segi pengambilan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia dan juga pendekatan perkhidmatan pelanggan yang digunakan oleh Government Linked Companies (GLCs).

6.jpg


 

Unit Perhubungan Awam

Bahagian Pengurusan dan Kewangan

Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 


Attachments