Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
17.04.2021| Acara Pembukaan Majlis Tadarus Al-Quran Bagi Jabatan Perdana Menteri Dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya Tahun 1442H/2020M

Oleh: Unit Perhubungan Awam | Photo:  Awg. Ermerulisam Bin Hj Saman & Azmizul Mateen Bin Hj Taha


Tadarus.JPG

Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam beserta Jabatan Mufti Kerajaan berkesempatan menjadi jabatan pengendali bagi acara pembukaan Majlis Tadarus Al-Quran bagi Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya tahun 1442H/ 2021M bertempat di Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampong Mulaut.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah hadir sebagai tetamu kehormat majlis. Majlis dimulakan dengan penyampaian wakaf dan diteruskan dengan Majlis Tadarus, Doa Selamat serta Solat Fardhu Asar Berjemaah.

Juga menghadiri acara tersebut adalah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan lelaki Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.




Attachments